Wednesday, May 29, 2013

New baby in the house!



Bukan nak dapat adik baru.
Harap jangan salah paham disituu.
Welcome home, Versys!

Fazilah & Megat.

Tanggal dua puluh enam bulan lima dua ribu tiga belas yg lalu,
Berkahwinlah sudah kakteh aku yang amat aku sayangi.
Semoga berbahagia selalu bersama Abg Megat :)


Shy shy cat miang. Opss haha


Ibu i taknak kalah dengan pengantin okayyy uols. Phewitttt


Aku nie jantan sebenornye. K tak, tipu.


Pengantin lama bersama pengantin baruuuu


Royal blue. Daebak!


Last but not least, this is Finie Roslan.
My lovely-gila-poyo-comel-terbaik cousin!
The best ever cousin that I ever had!
Thanks for always be there whenever I need you.
Love you dear <3

P/s: Semua kata kata pujian di atas adalah kehendak dari tuan empunya diri sendiri iaitu Finie Roslan.
 Bukti? NAH!


Hahahahahahahahahaah!
Dear Inie, please jangan marah ehhhhhhh.
Gurauan semata mata. Gua ikhlas beb!

Monday, May 20, 2013

Shopping offline vs online?

Apa beza offline dan online?

Offline tu maksudnye ko pergi jenjalan sendiri lah,
kat pasar malam ke, Tesco ke, Giant ke.

Online tu maksudnye secara online lah kat internet.
Pilih barang and then bayar pakai kad ke bank in ke.

P/s: Maksud maksud di atas nie fakta aku sendiri. InsyaAllah fakta bukan auta.

So, which one is better?
Sebenarnya, dua dua pun ade pros and cons tersendiri.

Di era globalisasi kini, *acewahhh
Ramai manusia memilih untuk membeli barang keperluan mereka secara online.
Lebih mudah, cepat dan takperlu menggunakan apa jua tenaga untuk meng'order' brg tersebut.
Hanya dengan meniarap di atas sofa pun dah dapat order barang yang kita nak.
Bank in pun through online jugak. 2-3 hari pastu, barang pun dah sampai depan pintu.
Extra bonus lagi kalau yang hantar tuu abang posmen handsome ala ala kpop.
K ini merepek tolong abaikan.

Namun, ada jugak mereka mereka yang tidak berminat untuk bershopping secara online.
Ade lah member cakap takut kena tipu lah ape lah kan.
Susah nak bank in lah.
Tapi sejujurnya, aku nie dah banyak kali shopping online nie.
Tapi Alhamdulillah, tak penah lagi lah kena tipu. Paling sakai pun, barang delay 2-3 hari.

Okay sekarang aku nak senaraikan pros and cons untuk shopping offline and online.

Kalau offline;
Pros
- Dapat brg on the spot. takyah nak tggu 2-3hari.
- Kita boleh belek kualiti dia dengan tangan sendiri bukan sekadar gambar.
- Cash, takyah kalut nak pegi bank in segala.
Cons
- Buang masa. Mcm aku nie turun naik turun naik mall pun belum tentu aku dapat tudung or brg yang aku nak.
- Buang tenaga. Dah turun naik turun naik mall mau tak buang tenaga ye dok?
- Buang petrol. Nak beli barang 10hengget je pun, pergi ke mall jauh berbatu pakai petrol sampai berpuluh hengget. Tak ke membazir nama nye tuuuu

Kalau online;
Pros
- Jimat masa tenaga dan petrol
- Just pilih barang yang mana nak and call supplier tuu
Cons
- Kualiti tu tak terjamin. Kena pandai pilih lah kan.
- Kena pegi bank in kat bank lah bagi sesiapa yang tkde bank online.
- Kalau beli tudung or baju kadang2 warna or size tak seperti dalam gambar. *yang nie memang nak kena sembur lah kan, edit tu melampau sgt. Ergh

So, itu saje lah yang boleh aku kongsikan.

Pesanan dari pihak penganjur,
Nak shopping tu beringat ingatlah ye. Dari membazir tak tentu hala, 
baik simpan sikit sikit buat tambang pegi umrah or haji
takpun sedekah kepada fakir miskin. Lagi bahagia dunia akhirat. 
Note to self!



Kalau dapat shopping cmni lagi best!

Lalang

Aku taktaw lah kan sesuai ke tidak entry aku dengan tajuk di atas.
Berkaitan ke tidak pun aku taktaw.
Lantak lah, dah tuu yang tersembul dari kepala hotak nie.

Kenapa lalang?
Sebenarnya, aku ade penyakit.
Bukan allergic kat lalang lah, choiii mulut ko eh.
Aku ade penyakit hati lah, cepat berubah hati.
Mcm lalang lah kan, kejap ke kanan kejap ke kiri.

OH NO NO NO!
Takde kene mengena dengan Si Pelengkap okayyy.
Dia seorang je ade dalam hati ini. Sweet kan kan kan?
Ahh, ini semua poyo! Haha.
Tapi ini pengakuan ikhlas dari hati. Memang takde kene mengena.

Sebenarnya kan,
Aku nie cpat bosan lah dengan satu satu benda.
Sebagai contoh, try usha entry nie.
Masalah kan? buang duit je.
Tapi nak buat mcm mane dah aku bosan pakai yang same je.
Kadang2 tu, tiap tiap hari aku tukar.
Macam takde keje lain dah kan nak buat. Haih

Pastu,
Sesapa yang perasan lah kan.
Berapa banyak kali dah aku tukar header belog nie.
Tu pun buruk macam tu jugak. Haih.

Takpelah, asalkan aku bahagia.


Adik beradik aku lerrr ni

Sunday, May 19, 2013

FINAL

Eh, bukan aku yang final.
Aku kan dah lama dah habis matriks.

Si pelengkap nie haa tengah final.

Memang bosan habis lah duduk rumah.
Dia busy dengan study dia kan.
Taknak lah kacau.

Papepun,
All the best my dear Shyaafi Rahim.
I doakan you dapat dean's list :)


ilysm!

Saturday, May 18, 2013

Giveaway : Saya suka Photobooth Props


Click banner untuk join. Moh lerr kita join beramai ramai ^^

Tag ; 

Aku dah dapat keja woiii!

Abaikan tajuk yang agak havoc.
Aku bukan lah dapat keje lawyer ke,
Doktor ke, arkitek ke malah bukanlah menjadi supervisor mane mane kilang.

Selepas di interview kurang dari 5min. *bapak stylo akak yang interview aku tuuu
Sajelah kan nak canang satu Malaya.
Aku di terima bekerja di D-Lima sebagai Pembantu Akaun.
Memang goyang kaki jelah keje tuuu.
Keje pun 4jam je sehari.

Btw,
Tak sabar nak start keje.
Tak sabar nak dapat gaji.
Tak sabar nak shopping.
Tak sabar tak sabar tak sabar ^^

Friday, May 17, 2013

Cathy Doll

Produk produk Cathy doll ini sangat comel dan awesome.
Okay, jangan pandang kepada kecomelan semata-mata.
Isi tu yang penting.


Ini ialah Cathy Doll Slim Face.
Sesape yang rasa muka kembang semangkuk,
bolehlah try benda nie. Nie adik aku yang beli, banyak lemak bawak dagu katanya.
Padahal aku tengok cekeding je. Aku yang berlomak lomak nie, tak teringin pun nak pakai. 
Btw, bagus benda nie, adik aku kata dia umpama membakar lemak. 
Terasa lah panas kat kwsan yang berlomak.


Next, ini ialah L-Glutathione Magic Cream,
Ini aku punya. Sangatlah memikat hati lotion nie. 
Wangi, dan tak melekit.
Boleh pakai kat seluruh badan dan muka.
Lepas korang pakai, kulit korang akan cerah on the spot. Sebab tu dia diberi nama Magic Cream.
Tapi tak kekal lah. Nak kekal kena pakai tiap hari lah kan.
Function L-Glutathione nie ialah untuk mencerahkan kulit dan pudarkan parut.


Lastly, Serum Foam Cleanser.
Pencuci muka nie aku baru pakai. So, kesan pun tak nampak lagi.
Lagi 5-6tahun aku update eh.
Tapi, cleanser nie sangat ringan texture dia dan wangi.


Comel kan produk Cathy Doll nie. Produk nie memang susah lah nak carik kat kedai Mak Kiah ke Mak Jemah ke malah Watson Guardian Sasa semua tu pun takde. Semua produk di atas aku beli online. 
Berminat? Meh ler tanya nak beli kat mane~

Thursday, May 16, 2013

Homemade Burger

Hamekaww tajuk.
Mengalah kan blogger resepi masak memasak.
Hari nie aku bukan nak ajar or share resipi nak buat patty burger ke hape ke.
Harap maklum. 
*patty burger tu pun aku rembat yang Ramly punya

Semalam rajin terlebih.
"Hari nie ibu dengan ayah duduk depan je, biar angah yang masak" 
*Angah tu aku lah
Sebenarnya nye aku pun confuse semalam hari guru ke hari ibu.
Nak kata mak aku nie cikgu pun tak jugak.
Hentam je lah.
Tangan nie haaa tetiba tergedik gedik nak masak.

So, dengan berbekal ilmu yang ciput di dada
Aku pun memulakan misi aku.
Plan dalam kepala hotak nak masak ala ala western gituuuu.
Tekak nie dah selalu sgt telan sambal belacan.
Sekali sekala tukar selera ape salahnye ye dok. 

Pung pang pung pang kat dapur.
Boom kebaboom.
Dengan bantuan 2 adik aku yang rajin bebenor nak nolong.
Si Alang and si Ali.
Siap sudah hidangan ala ala western untuk 6 orang.
TARAAAAAAAAAAAAAA~




Lepas makan memang aku terbongkang lah kan. Perut pun acah acah nak meletup dah.

Wednesday, May 15, 2013

Kami GENG!

13th May,
Aku and the geng pegi Mrsm Kb amik sijil spm dua tahun lepas.
Bapak syiok oo jumpa geng nie balik.
Rindu bakhang.
Baru jumpa tak sampai sejam dah gelak smpai keras urat perut.
Semua sekepala. Dah lah sekepala, kepala tak betul plak semua. Haha.
Lepas amik sijil,
Pergi jumpa cikgu. Semua cikgu tegur aku woiii.
Makin sihat sekarang? =,=
Huwaaaaaaaaa.
Takpo takpo, nanti kita diet eh syg *usap perut

Lepak lepak kat kb, jumpa juniors and then kitaorang gerak pegi Jusco Perda.
Pastu pergi karoke 2-3 lagu, test suara kejap. Haha.

Sempatlah merakam beberapa foto untuk dijadikan kenangan.


  
Hidayati Husna and Ajmal


Yang merah menyala tu, Teah Rempit. 


Ajmal, Yat Dot, Teah Rempit, Mimie Rapat.

Eventho, semua dah dengan haluan masing masing. Kami tetap GENG till jannah. InsyaAllah. :)

Sat sat!
Tak habes lagi.
Jenjalan kat Jusco tu, terjumpa benda yang comel kecik molek nie.



Comel tak? Tak? Takpelah, bukan pakai duit hang pun. Lalalalala :p


Nota kaki : Btw, sorang lagi tak dapat datang. Miss you Mirza Syazwina  :)

Monday, May 13, 2013

Rindu lah pulak. Haih

Satu tahun bersama mereka.
Woi, satu tahun tu bukan satu hari ataupun satu minggu.
Lama kot satu tahunnnnn tu

Dalam satu tahun ada banyak hari.
Dalam satu hari ada banyak saat.
Dalam satu saat ada banyak memories.
Nie syair ke pantun pun aku tataw.
Tapi yang pasti..
AKU RINDU GENG K2P3!

Ada yang kat Selangor.
Ada yang kat Kelantan.
Ada yang kat KL.
Ada yang kat Penang, *aku ler tuh haha.

Tapi sumpah rindu. Rindu sangat.


K2P3 ^^
Dalam gambar aku agak lari tema, tapi takpe ada yang lagi lari tema. Muahaha

Sunday, May 12, 2013

Novel untuk dia yang ku sayang.

Abaikan tajuk yang agak jiwang meleleh.

So, its 12th May.
Happy Mother's day to all Mother, Ibu, Umi, Bonda, Mak, Mama, Emak mahupun Kak Ton.
To my beloved Ibu, thanks for being such a great ibu for us.
InsyaAllah we will never ever left you behind.
InsyaAllah we will always love you.



Ibu si Kaki Novel.
Melompat woi dapat dua novel haha.






Friday, May 10, 2013

Hantu Casing

Ini hantu era kini.
Hantu Casing.

Mengapakah nama di beri Hantu Casing?

Di Queensbay,
Cari casing.

Di pasar malam,
Cari casing.

Di uptown,
Cari casing.

Di Sunshine, Giant mahupun Gama,
Cari casing.

Apa yang aku mahukan cuma casing.
Ya, casing.
Nampak kehantuan nya di situ?

Pantang nampak kedai casing.
Serbu tak ingat dunia,
Malah tak ingat dompet yang kian hari kian berhabuk.
Apa nak jadi Farah oii?


Collections of mine. 
Mana cukup lagi, kaler kuning takde lagi kaler oren kaler putih. Ye dok?

Tuesday, May 7, 2013

Fake vs Original

Okay hari nie aku bukan nak berceloteh pasal hidung sapa fake hidung sapa original, botox susuk segala mak nenek, rambut fake rambut beruban ke hape ke.

Kisahnye bermula begini....
Tadi aku jenjalan dekat pasar malam. Ingat nak memborong nugget dua tiga ketul ke, ayam sekor ke, shawl murah tiga pat helai ke. Well, dah memang itu yang dijual kat pasar malam kan. Langkah demi langkah, tetibe aku nampak satu benda yang agak asing dijual kat pasar malam.................. Samsung Note II bakhang! Bukan tu je, hang nak model hape, semua ade cakap je. Aku yang agak menggilai gajet nie pun terdorong lah nak pegi tengok kan. Adjust suara dua tiga kali, pastu aku tanyalah abg tu.
Berapa nie bang?
Abg tue dengan rakusnye menjawab, *tolong abaikan rakus itu, hiperbola semata mata.
Murah je dik, Note II nie pat ratus setengah tunai je.
And tetibe aku rasa dunia berputar dengan lajunye. Bapak murah wehhh.
Belek punya belek......dan terus mengodek luar dan dalam......
Nampaklah fake nye disitu. Tsk tsk
Korea mali maaa. Dari luar mmg nampak sejibik tapi part dalam dia korang bleh bezakan lah yg fake dengan yg original.
Jadi aku pun berlalu pergi dengan hati yang agak terluka...............


idaman gua nie beb T-T 

Tapi actually okay je fon tue, lain orang lain citarasa (y)

Monday, May 6, 2013

DIGI EASY

Dah dua kali beli plan nie. First time dulu mase zaman awal2 bercinta dengan my Shyaafi nie. Biaselah, baru bercinta. Tidur tak lena mandi tak basah makan tak kenyang. Tak dengar suara sehari pun dah angau semacam. So, we were decided to bought this, Digi Easy plan. Sangat berbaloi baloi kepada mereka mereka yang baru nak menganyam bibit bibit cinta bersama. Ayat menganyam tu takleh blah woi. 24hours free bakhang. Sms pun free. *Aku taw ramai yang dah taw benda nie, tapi aku nak gtaw jugak. Korang boleh ade 3buddyz, mean 3 number je lah yang boleh free call and text. Gilo hapo kat semua nombe nak free, mau tak bankrap Digi nie haaaa. Tapi nombe Digi nie aku selalu pakai kat second phone je. Kira nye bukan nombe utama lah and Digi nie kire khas untuk si dia je lah. *blushing* haha. So, pakai punya pakai. Ganas tak ganas aku nie, simcard rosak plak. Bapak frust tahap nak terjun bangunan woiiiiii.

Selepas bertahun tahun lamanya, semalam tetiba plak Shyaafi ajak pakai Digi balik. Perghh, teringat bibit bibit chenta gua beb. Teringat zaman malu malu kucing gatai, zaman awak letak lah dulu saya tak sanggup nak letak, zaman  sanggup tahap ngantuk sampai terjuling juling bijik mata. Haaaaa korang jangan main main, kisah chenta kitaorang nie power kot. So, tadi ajak ibu teman pegi beli, ibu bagi respon agak baik memandangkan Digi Easy plan nie memang berbaloi baloi. Ah-ha. Malam nie gua tak sabar nak gayut mengayut dengan Shyaafi gua nie. Korang takkan paham weh that feeling bila korang boleh gayut tanpa rasa gelisah dan resah memikirkan kredit korang. ITS FREE OF CHARGE BEB (Y)

Saturday, May 4, 2013

PRU13 ape cer?

Kini, bahang PRU13 kian terasa. Bendera biru hijau bulan penuh dacing segala bagai berkibaran di serata tempat. Dah macam hari sukan zaman sekolah rendah dah aku rase. Tapi takpe, baru meriah ye dok. Bendera manakah yang menjadi pujaan hatiku? Ah-ha. Im not officially 19 yet. 19 pun belum sampai weh. Takde kelayakan pun nak mengundi and tahap mentaliti aku untuk memilih siapa yang benar dan siapa yang salah pun belum mencapai tahap yang matang. So.....ape yang akan ku lakukan pada hari mengundi esok?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


JOM TIDO BEB!

Dan kepada sesiapa yang berkelayakan untuk mengundi. Mengundilah dengan ikhlas dan jangan lah mengundi kerana laptop free, baju free, baucer free dan sebagainya. Sekian 

AKU DAH HABIS MATRIKS BAK HANG

Wohoo! Yeah gua dah habis matriks on last 29th April. Nampak permainannya disitu? Terang tang tang aku memang dah takde keje lah kan for this upcoming 4months. So i asked my Shyaafi, what am I supposed to do untuk 4bulan nie weh? Takkan nak membuta and menternak lemak je kan *walaupun memang itu yang terjadi _._ And suddenly he gave me such a great idea. Why dont you started to berblogging back? Bingo! Kannnnn? Ape salahnye kalau start berblogging balik. Haha. So here we start...................and this my story (y)