Wednesday, June 19, 2013

Kosong

Entry ini bukan mengenai Kosong nyanyian Najwa Latiff,
Bukan mengenai jiwa raga atau hati yang kosong.
Bukan juga mengenai tin kosong, pffftttttttttttttt.

Hanya keadaan yang Kosong dan sunyi di rumah sekarang.
Kosong, no one at all. just me and myself.
Ala-ala home alone ah niiii
Along and adik adik sibuk mencari ilmu,
Ibu dan Ayah balik kampung atas sebab tertentu.
Si pelengkap ntah merayap kemana.

Terpikir,
Ape yang akan terjadi kalau mereka mereka yang aku sayangi ini tiada.
Ulang suara, TIADA
Hidup ini mesti akan Kosong, sekosong-kosongnya.
Tanpa celoteh dari Adik adik,
Tanpa kata kata semangat dari Along,
Tanpa bebelan dari Ibu,
Tanpa motivasi dari Ayah,
Tanpa gurau senda dari Si Pelengkap.

Mampukah aku meneruskan hidup ini,
Tanpa mereka mereka ini?
Jawapan aku.
Mungkin aku mampu, kerana aku tahu Allah SWT selalu ada bersama aku. 
Tapi mungkin aku tidak dapat lari dari kesedihan jika kehilangan insan insan yang aku sayangi.
Yang sangat sangat aku sayangi . 

Tapi ajal maut di tangan Allah SWT.
InshaAllah, aku akan redha. Allahualam
*Kagum dengan sesetengah insan yang redha dan sabar apabila kehilangan orang yang disayangi



P/s : Mood jiwang sikit malam nie, sorry

2 comments:

  1. berdoa je untuk elak semua ni berlaku,insyaAllah=)

    ReplyDelete